BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 17, 2009

Doa pagi.Baca dan Aminkan sekarang.InsyaAllah.

>Assalamualaikum.... Doa Sebelum memulakan sebarang kegiatan pada setiap hari.
>
>
>Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
>
>Kami sambut kedatangan hari ini dengan
>kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk
>kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang
>telah engkau kurniakan kepada kami selama ini
>dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam
>mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
>
>Ya Allah Ya Tuhan Kami,
>
>Kami memohon kepada Mu akan nikmat
>secukup-cukupnya, memohon kesihatan
>semulia-mulianya, memohon rezeki
>semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya,
>memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya,
>memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat
>lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya,
>memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
>
>Aminnn.
>

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

KECANTIKKN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemisk ina n.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keing ina n.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Sekadar menyemarakkan semangat kita untuk berbuat kebaikkan

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Kisah Rasullullah S.A.W

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah
pangg ila n mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah , aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah b ila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan d emi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apab ila aku sebagai p emi mpin, menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar b ila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak.... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya.
.......


Tapi kalau Mak sudah tiada...........
MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup...... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup........ membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya........


Friday, October 9, 2009

COMING UP THIS NOVEMBER !!!





The new MPV by Perodua...

CINTA SEJATI !!!

Cinta sejati bkn brmaksud betapa teguhnya cinta atau betapa setianya kte trhadap pasangan kte masing2.Cinta sejati bkn jga brmaksud hubungan yg tetap brtahan wlau diduga brbagai bentuk ujian dan rintangan ataupun suka duka yg dilalui brsme selama brthn2.Tetapi cinta sejati adalah sebuah hubungan yg pd hubungan itu turut disertai dgn dorongan utk mndpt keredhaan dr Allah SWT.Setiap prbuatan,setiap tutur kata hendaklah mmpunyai batasannya.Cinta sejati bknlah kata2 manis,janji2 yg lbih brunsur kpd duniawi tetapi adalah ke arah memperbaiki diri,memantapkn rohani bg menuju ke destinasi yg pasti,hari dimana setiap prbuatan dan amalan kita akan diadili..di Padang Mahsyar.Seorg lelaki yg benar2 cintakn pasangannya,dia takkn menyentuh pasangannya wlaupun ianya direlakn.Dia akn menahan keinginannya,dia akn mengawal nafsunya dan akn mengelakkn dr melakukn prbuatan yg melanggari batasn agama.Seorg yg briman,akan hilang imannya dikala dia melakukn prbuatan yg melanggari batasan agama dan syarak krn itu adalah prbuatan org yg tak briman.Semasa dia melakukn prbuatan itu,dia lakukan ketika iman tidak berada dlm dirinya.Ingin mendapatkn cinta sejati,brcintalah krn Allah,Kejarlah keredhaan drNya...itulah sebaik2 CINTA.
Zulputra03

DI MANA SILAPNYA...

Semasa kecil,dimse kte di bangku sek rendah,kte telah diberi didikan agama.Kte diajar soal syurga dan neraka.Kte diajar ttg halal haram dan kte jgak diajar mengenai muhrim dan bkn muhrim.Tatkala tuh kte rasa takutnya dgn neraka.Mse tuh kte cukup amik kisah ttg perihal muhrim dan bkn muhrim. Bila nak brsalaman dgn rakan yg brlainan jantina,yg perempuan akn ambil sesuatu utk dijadikn lapik tgn agar tak brsentuhan kulit(kebiasaannya gnekn tudung lah).Mse tuh soal pakaian tak begitu dititik beratkn sgt sbb bdk2 perempuan di peringkat sek rendah blom lg menunjukkn perubahan fizikal yg ketara sgt..flat je mse tuh.Bila dah melangkah ke alam sek menengah@alam remaja mncari cinta...mse peringkat menengah rendah..perubahn tak berapa sgt..Mse tuh bdk2 pompuan nih pkai bju kurung sek yg agak besar dan brtudg labuh.Bezanya mse nih,kebnykknnya dah mula akil baligh,dah mula brlaku perubahan pd fizikal mereka.Sbb tuh dia prefer pkai bju kurung yg besar2 dan brtudg labuh krn malu perubahan tuh disedari org lain...bila jln cover2 jer.Mse nih,ada yg dah pndai brcinta,dah mncri2 calon.Pastuh tak lme lg PMR dah semakin hmpir.Majlis brmaafan antara pelajar dan guru pun diadakn.Mse nih still lg ada batasan antara pelajar laki2 dan pompuan.Bila brsalaman dgn yg brlainan jantina,gnekn sesuatu mcm buku ker utk dijadikn lapik tgn..haram brsentuhan kulit,masuk neraka nanti.Thn berikutnya dah melangkah ke alam menengah atas..mse nih ada yg dah perasan diri dia dah besar,dah dewasa,dah mula mndpt prhatian jejaka2..tak kurang jgak yg dah mula tumbuh tanduk..ada yg dah pndai pkai bju ketat2 kat luar sek.Kat sekolah plak dah mula pkai tudg yg singkat2,kain pun singkat,and ada jgak antara bdk2 nih yg sengaja pkai bju kurung sek yg nipis,yg jarang...dah tuh,sengaja plak tak pkai singlet kat dlm,and dgn sengaja plak memakai tudg singkat.Mse nih dah tak malu plak brbnding mse mula2 akil baligh,mse mula2 'brg' tuh bru nak mmbesar.Tp utk apa???supaya para2 jejaka dpt melihat kebesaran 'brg' yg dimilikinya..dia brbangga bila dirinya mnjd prhatian lelaki,mnjd tatapan para jejaka..Dimana silapnya nih?mcm mane mentaliti si gadis nih boleh brubah smpai mcm nih sekali...Adakah krn mak ayah yg kurg tegas?didikan agama dah diberi sejak dr bangku sek rendah lg..Jd,mane silapnya???Tak lme lg dah nak SPM.Majlis brmaafan antara guru dan pelajar pun diadakn..nak mintak berkat..Pelajar sesama pelajar pun saling brmaaf2an.Kali nih mentaliti diorg dah mula brubah.Diorg nih perasan yg diorg dah besar,dah dewasa...dan kne open minded skit.Just 4 the sake of SPM,ketepikn soal halal haram,soal muhrim..Utk sekali nih..nak mohon maaf secara tulus ikhlas kononnya..masing2 brsalaman secra brsntuhan kulit tanpa ada apa2 lapik..Nampak isunya kecik jer kan..tp ini lah prmulaan segala2nya..bila mereka salah tafsir erti open minded dan mereka menempuh ke alam dewasa dr zaman prsekolahan dgn mentaliti yg silap..Lpas tamat zaman prsekolahan,ada yg dah pndai free hair..brbju ketat plak.Masuk ke zaman IPT. Dah jd mahasiswi,dah dewasa dah..Mse nih penampilan dah mula jge.Dah pndai brhias.Brmakeup tebal2,pkai wangi2an utk kelihatn menawan dan menarik prhatian jejaka2..nak bg saham naik lah. Time nih jgak brgaul dgn lelaki secara bebas..biasalah,dok hostel,jauh dr pengetahuan mak ayah dan tak trkongkong..mse nih dah pndai brsosial..enjoy sne sini,brgembira,brtepuk brtampar brgurau senda dgn laki2 tanpa batasan. Bg yg brcinta plak,ini yg paling dahsyat..Kajian mendapati,kaji selidik atau survey yg dilakukn ke atas mahasiswi2 di IPT..2 drpd 10 org gadis shj yg masih mempunyai dara.8 dr nya sudhpun kehilangan dara.Ini adalah kaji selidik dikalangan org2 yg trpelajar,mahasiswi2 di IPT Malaysia..Knp bila dah brcinta,segalanya boleh diserahkn kpd lelaki even maruah diri@mahkota yg telah dipelihara sejak dr kecil lg.Yg haram telah dihalalkn.Mane dia didikan dan ajaran agama yg telah diajarkn sejak kte masih di bangku sek rendah lg?knp segalanya harus mengikut telunjuk nafsu dan bknnya mgikut garis panduan dlm Islam spt mane yg telah ditetapkn.Didikan agama telah diberi.Kte tahu soal halal haram.Tetapi knp dibuat jgak?knp sggup memblkg kn hukum ALLAH dan memblkg kn mak ayah kte?Tidak kah kte tahu,kte sdar yg neraka ALLAH amatlah dahsyat,azab Allah amatlah pedih.Tp,knp tetap dilakukan?di mana silapnya???di mana titik mula brlakunya kesilapn ini?sme2 kte renung2,kte muhasabah diri dan kte kaji jln penyelesaian bg prmasalahn ini.Putih itu bersih,bersih itu suci,suci itu Islam...Wallahualam...Zulputra03

Sunday, September 27, 2009

Salam pembuka bicara

Salam...Hehehe..bersyukur ke hadrat Ilahi,aku berkesempatan jgak utk mencipta satu laman blog aku sendiri.Seblom nih asyik bce blog org jer...Ini 1st time aku jd blogger..Jd,sila beri tunjuk ajar yer...Klau ada salah dan silap,harap boleh tolong aku perbetulkan...Anyway,Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua blogger dan pembaca blog dan Salam 1 Malaysia...Hehehe...